Si Encik Blog
Tuesday, December 28, 2010
ke pergunungan itu(2)
Bergoyang-goyanglah badan mereka takkala binatang berkaki bulat itu melalui jalan yang berbonggol-bonggol itu. Hari pun menjelanglah siang, sampailah binatang itu ke destinasinya, ke hutan batu itu. Akan tetapi belumlah si encik berdua sampai ke pergunungan itu, bertukar lah mereka ke binatang seakan-akan lipan adanya pula. Ditelannya lipan akan mereka itu ke satu lipan ke satu lipan. Sesudah sampai ke lipan yg keempat barulah mereka sampai ke perkampungan teman2 mereka. Disebabkan siang sudah bergerak pergi, kelam malam mendatang, bermaustatin la mereka di perkampungan itu. Perkampungan teman2 mereka yang serbuk2 putih berterbangan itu. Bertepuk tampar la mereka, bergurau senda, bermain ps3 sepam dua adaannya...
Monday, December 27, 2010
Ke Pergunungan Itu(1)
Maka bermulanya al-kisah. Kisah perjalanan seorg encik pergi berpoya2 di pergunungan itu. Didalam hatinya terdapat lah khilaf. Khilaf belum menyempurnakan report yang berjela-jela ditinggalkan. Akan tetapi nekad lah sudah hatinya, akan diperah keringat ketika pulang bermusafir. Berkatalah dia Insyaallah. Bertualang lah dia bersama2 temannya. Bertualang mereka ke pergunungan itu. Saat ketika mereka ditelan binatang panjang berkaki 4 bulat itu, terlebih la sudah ralat dirasakan. Pelana binatang itu dirasakan terlalu sempit oleh mereka itu adaannya. Maka matahari pun bersemayam la jua, maka bergerak lah binatang itu ke destinasi nya itu....
Wednesday, October 20, 2010
Prektis
Adop kije?.. jom amek gambo weyh!!!
"Hidup kene hepy",kate en.mado |
"Dan terlebey kadang kene jiwang",sambung beliau.. |
"Berempat itu lbey baik dr berdua",sambungnya lagi.. |
"Arghh, aku nak masuk gambo gop. Erkk, kami?" |
ujikaji bertepuk2 tangan seorang diri |
P/s:Abaikan bilik en.sarip yang bersepah tersebut..
P/ss:Terlebey aula abaikan perut en.sarip yg maju..
Sunday, October 17, 2010
Tuesday, October 12, 2010
KAMAKIRI
masih belajar menangkap pic |
ni pakai enset je |
xpandai melukis.. melukis gak.. aishh |
Nak dijadikan cerita, kelmarin ad seekor en.mentadak masuk ke kelas ak. Dia mungkin ingin belajar seperti ak yg rajin nih.. Tapi takdir menentukan segala nye disaat en.classmate terserempak dengan nye. Tanpa ada belas kasihan en.mentadak ditangkap lalu direndam ke dalam air(seperti yang ak lukis kat pic atas).Dan tanpa segan silu membuat dosa dengan meniaya binatang, en.classmate memanggil ak untuk turut serta menyaksikan sesuatu keluar dari bontot en.mentadak. Ye, ad bende seakan2 cacing keluar dari en.mentadak dan benda itu hidup. Sesape yang tahu ape ke benda yg keluar tu sila tinggalkan ngomelan anda kat bawah ye..
Inilah 'bende' yang keluar dari en.mentadak. Still sihat walafiat walaupun dah satu hari lebey duk dalam botol..Saturday, September 25, 2010
Budak-budak zaman sekarang
En.nephew: Pok cak, molek pilih Malay College Kuala Kangsar(MCKK) ke Sekolah Sains Sultan Mahmud(SESMA) r?
En.Sarip: Pilih SESMA r, ada orang puan, boleh ngorat..
En.nephew: Dak moh r, ada orang puan susah r.
En.Sarip: Susah mende nye? ada orang puan r bes..
En.nephew: Kang ada orang puan ye mesti pandai dari orang laki..
En.Sarip: Owh, kira malu r lau orang puan pandai dari abg long? ego ngat.. haha
En.nephew: Memang r.. huh.
En.Sarip: ...........
P/s: Anak2 buah pggl en.sarip, pok cak@ pok pu.
P/s2: En.Sarip asal ganu. so kene la cakap ganu dengan anak buah, ye dak?. so en/cik.pembaca boleh la belajar bahasa ganu..
Friday, September 24, 2010
Assalamualaikum...Welcome..
Dengan nama Allah tuhan sekalian alam.. Bismillahirahmanirahim..
Setelah sekian lame ber'dreaming' untuk mencipta 1 blog, hari ni dengan rasmi nye en.sarip telah berjaya.. tahniah diucapkan kepada diri sendiri.. :D.
Encik blog ni dicipta bukanlah mempunyai ape2 tujuan, ianya semata2 untuk memenuhkan kebosanan dan rase hati en.sarip semata2..
Disini juga lah en.sarip akan mengutuk sesiapa sahaja hatta dirinye sendiri.. Jikalau ada yang terase ke ape2 ke, en.sarip tidak akan melayan..
Sebarang surat menyurat bolehlah disalurkan ke komen dibawah..sekian sahaja untuk 1st entry encik sarip..
Setelah sekian lame ber'dreaming' untuk mencipta 1 blog, hari ni dengan rasmi nye en.sarip telah berjaya.. tahniah diucapkan kepada diri sendiri.. :D.
Encik blog ni dicipta bukanlah mempunyai ape2 tujuan, ianya semata2 untuk memenuhkan kebosanan dan rase hati en.sarip semata2..
Disini juga lah en.sarip akan mengutuk sesiapa sahaja hatta dirinye sendiri.. Jikalau ada yang terase ke ape2 ke, en.sarip tidak akan melayan..
Sebarang surat menyurat bolehlah disalurkan ke komen dibawah..sekian sahaja untuk 1st entry encik sarip..
Subscribe to:
Posts (Atom)